Melaka Memperluas Jaringan Pelaburan Dengan Kunjungan KM Ke Jerman

5 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Misi Galakan Pelaburan Negeri Melaka ke Jerman di samping mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 selama seminggu bermula hujung Mei lalu.

Misi itu termasuk mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi syarikat multinasional seperti Leuze Electronic, Muehlbauer Group BiH, Sesotec GmBH, DELO Industrial Adhesives dan ibu Pejabat Infineon Technologies AG di Neubiberg.

Terdahulu, beliau dan delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Jerman
#MisiGalakanPelaburan
#PelaburanMelaka
#AbRaufYusoh
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

26 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy