Aidilfitri Machap Jaya Rai Masyarakat Orang Asli

21 April – Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri di DUN Machap Jaya tidak kurang hebatnya apabila dianggarkan lebih 3,000 tetamu yang hadir termasuk masyarakat orang asli, malam tadi.

EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, selain dikunjungi masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India, kehadiran 150 orang asli membuktikan bahawa tiada golongan yang dipinggirkan dalam menyambut lebaran.

Rumah Terbuka Aidilfitri Machap Jaya menyajikan pelbagai juadah tradisional hari raya seperti cucur udang, lempeng, sate, roti canai, apam balik dan banyak lagi.

Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan ‘live band’, gesekan biola daripada adik Adawiya dan maskot kartun.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MachapJaya
#Aidilfitri2024
#Syawal2024
#RumahTerbuka
#AidilfitriMachapJaya
#OrangAsli
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

11 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy