PM Setuju Tambah Peruntukan TVET Melaka

22 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menambah peruntukan bagi pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Melaka.

Menurut beliau, penambahan peruntukan tersebut susulan permintaan daripada Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selain selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan barisan Exco Kerajaan Negeri, baru-baru ini.

Menurut Anwar, peruntukan tersebut juga akan diperluaskan kepada institusi pendidikan berkaitan TVET seperti di universiti dan kolej-kolej berkaitan.

“Kita akan terus beri dorongan dan sokongan supaya keperluan (pekerja mahir) yang masih kurang dapat kita penuhi,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TVET
#PM
#PMX
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

42 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy