Aidilfitri DUN Asahan Meriah, Kembalikan Suasana Orang Kampung

20 April – Dianggarkan seramai 5,000 tetamu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan dan UMNO Bahagian Alor Gajah.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, kehadiran bukan sahaja dari penduduk di sekitar DUN berkenaan malahan masyarakat dalam bandar.

Beliau yang juga ADUN Asahan berkata, signifikannya majlis tersebut bukan semata-mata menjamu tetamu dengan juadah hari raya tetapi mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat pelbagai latar belakang.

“Saya kira inilah masanya kita dapat berjumpa kembali sahabat-sahabat lama yang tidak berpeluang bersua muka selama ini.

“Kita juga malam ini meraikan seramai 24 orang bakal-bakal Haji.

Terdahulu, majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Pelbagai juadah hari raya disajikan antaranya sate, kuih muih, putu piring dan banyak lagi buat tetamu yang hadir.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#RumahTerbukaAidilfitri
#RumahTerbukaAidilfitriAsahan
#Aidilfitri
#Syawal
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

10 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy