Luar Biasa, Aidilfitri MADANI Melaka Gambaran Kemakmuran

23 April – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 20,000 tetamu, malam tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan yang di luar jangkaan itu menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat negeri ini dalam menjayakan apa jua penganjuran tahun ini.

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 berkonsepkan rimba membawa erti ketenangan, hijau dan bersih seterusnya menggambarkan kemakmuran negeri.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati pelbagai juadah disediakan termasuk nasi beriani, sate, ketupat, rendang, kambing golek serta beberapa lauk kampung.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Aidilfitri
#Madani
#AidilfitriMADANI
#Aidilfitri2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

19 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy