TMM2024: Pelancong Johor, Kuala Lumpur Menang Cabutan Bertuah

21 April – Tiga pengunjung bertuah dari Kuala Lumpur dan Johor memandu pulang kereta cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Nama-nama pemenang dicabut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Cenderamata dan Menang, Aplikasi Jom Melaka Cari Makan dan Cabutan Bertuah Sempena TMM2024 di Kiosk Cenderamata, hari ini.

Ketua Menteri berkata, kempen TMM2024 terus berjalan menawarkan sebanyak sembilan buah kereta, 24 buah motosikal serta sebuah bot berserta enjin ditawarkan kepada pengunjung dan pelancong yang bertuah bagi setiap sesi cabutan bertuah sepanjang tahun ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TMM2024
#TahunMelawatMelaka2024
#CabutanBertuah
#BeliDanMenang
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

45 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy