TMM2024: Pakej ‘Melaka Nightlife’ Bermula Jun

21 April – Melaka menawarkan Pakej ‘Melaka Nightlife’ atau juga dikenali sebagai Melaka: Bila Larut Malam kepada pengunjung dan pelancong bermula Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pakej tersebut dirancang untuk ditawarkan pada setiap satu hari bulan setiap bulan.

Katanya, lebih istimewa pakej Melaka: Bila Larut Malam selama satu hari itu menawarkan tiket pada harga RM10 sahaja bagi kemasukan ke lokasi tumpuan pelancongan tertentu.

“Menerusi Pakej Melaka Nightlife ini, pengunjung hanya perlu membeli tiket pada harga RM10 sahaja untuk menaiki Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan masuk ke Zoo Melaka serta muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka.
“Tawaran hebat ini boleh dimanfaatkan bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi, bermula Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Beli Cenderamata dan Menang, Aplikasi Jom Melaka Cari Makan dan Cabutan Bertuah Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Kiosk Cenderamata, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Melaka melancarkan aplikasi Jom Melaka Cari Makan bermula 1 Mei sehingga 2 Jun 2024 dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengguna di lebih 200 buah restoran dan kafe berdaftar di Melaka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#TahunMelawatMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

44 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy