23 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Dr. Mubarak Saeed AlDhaheri di pejabatnya di Seri Negeri, semalam.
Kunjung hormat itu turut disertai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.
Antara yang disentuh adalah dalam bidang pelabuhan dan lapangan terbang memandangkan negara berkenaan terkenal dalam dua sektor tersebut.
Ab Rauf turut mengalu-alukan kerjasama pelaburan dengan negara berkenaan menerusi perancangan pembangunan koridor ekonomi baharu iaitu Straits Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) yang turut memberi tumpuan dalam bidang maritim dan pelabuhan.
Selain itu, Ketua Menteri berhasrat memperkukuh kerjasama pelancongan bersama UAE dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari negara Timur Tengah itu ke Negeri Melaka, khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#KerajaanNegeriMelaka
#UAE
#Melaka
#MelakaTV
#MHI
#MelakaHariIni