Rally Of Asahan: Melaka Sedia Jadi Tuan Rumah Kejohanan Rali Asia Pasifik

21 Disember – Melaka sedia tawar diri menjadi tuan rumah kejohanan rali peringkat Asia Pasifik pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Katanya, ia rentetan kejayaan penganjuran Rally Of Asahan 2024 yang berlangsung mulai hari ini hingga esok.

“Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur iaitu Malaysia International Rally Championship (MIRC), ada satu kejohanan yang akan dianjurkan di peringkat Asia Pasifik, jadi saya selaku tuan rumah di DUN Asahan ini ingin menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bersempena dengan WTD 2025,” katanya.

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy