2 Januari – Beca yang menjadi antara ikon pelancongan Negeri Melaka akan berada dalam versi baharu yang lebih menarik pada tahun 2025 ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Katanya, pada tahun ini, setiap abang baca di negeri ini diberi satu identiti khas menjadikan imej dan mutu perkhidmatan basikal roda tiga itu lebih menggamit pengunjung.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni 260 pengayuh beca di Majlis Apresiasi Pengayuh Beca Negeri Melaka 2025 di Stadthuys Cafe, Banda Hilir, malam tadi.
“Malam ini kita memulakan penambahbaikan kepada satu sistem penarik beca dengan kita memberikan identiti khas kepada mereka sempena Melaka akan menjadi tuan rumah kepada Hari Pelancongan Sedunia.
“Pastinya beca akan menjadi salah satu ikon untuk menarik kedatangan pelancong,” katanya.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#beca #abangbeca #pengayuhbeca #penarikbeca #becamelaka #melakahariini #mhi #melakatv #melaka