1 Januari – Tindakan segera akan diambil bagi menyelamatkan lebih banyak premis kedai di kawasan bangunan merah dikhuatiri akan rosak dan terjejas.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, ia susulan insiden yang berlaku melibatkan sebuah kedai di Jalan Gereja yang rosak dan strukturnya terjejas dilaporkan pagi tadi.
Katanya, insiden tersebut berpunca daripada gegaran disebabkan kapasiti kenderaan melalui jalan tersebut memberi kesan kepada struktur bangunan yang berusia ratusan tahun itu.
“Skuad teknikal MBMB terus bergegas ke sini bagi menyelamatkan bangunan kedai ini daripada rosak dan membahayakan pelancong sekitar.
“Hari ini juga kita sudah memasang penyokong pada bangunan ini supaya ia tidak jatuh secara tiba-tiba kerana strukturnya sudah patah malah boleh roboh pada bila-bila masa,” katanya.
#BangunanMerah #BandaHilir #ZonBebasKenderaan #CarFreeZone #MBMB #MajlisBandarayaMelakaBersejarah #Melaka #MelakaHariIni #MHI #melakatv