Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024

21 Oktober – Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 Sempena Minggu Sains Negara merupakan antara usaha memupuk minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap bidang sains dan teknologi.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program itu akan melibatkan beberapa agensi antaranya Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.

“Amat wajar kita galakkan golongan muda terutamanya di awal usia agar tidak takut dengan bidang sains, kerana hari ini kita alami kekurangan pelajar dalam jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

🎥 Zaidi Yaacob

#MelakaHariIni #MingguSainsNegara #MSN2024 #STEM #Sains #Teknologi #Kejuruteraan #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

3 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy