26 Ogos – Seramai 352 individu menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi sesi kedua, semalam.
Ia dimulai dengan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Pegawai Kewangan Melaka, Datuk Salhah Salleh mengetuai senarai 10 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Seterusnya, dua EXCO Melaka, Datuk VP Shanmugam serta Datuk Ngwe Hee Sem antara lima penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#darjah
#bintang
#pingat
#tyt
#tytmelaka
#tunmohdali
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV