14 Januari – Sebanyak 18 kemalangan dengan lima kematian direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, jumlah kemalangan dan kematian itu bagaimanapun menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya susulan pelbagai program advokasi keselamatan jalan raya dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negeri.
🎥 Zaidi Yaacob
#advokasi #keselamatan #pengangkutan #WRUR #KualaLinggi #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV