14 Januari – Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka pada tahun ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaja, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini, sebanyak 2,000 permohonan telah diterima menerusi sistem dalam talian untuk penilaian selanjutnya.
“Untuk permulaan, kita membuat penyerahan surat tawaran kepada 100 orang penerima RMR yang bertuah maknanya ada baki sebanyak 223 lagi.
“Sebuah rumah berharga RM75,000 tetapi hanya RM55,000 sahaja yang pemilik perlu bayar dengan kadar RM300 sebulan manakala RM20,000 lagi diberi subsidi oleh kerajaan,” katanya.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#RMR #RumahMesraRakyat #Rumah #Perumahan #RumahMampuMilik #rumahmelaka #SPNB #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV