31 Disember – Bagi memartabat dan mengangkat kembali muzik kompang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka dijangka akan mengadakan Konsert Kompang pada pertengahan tahun ini.
Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata perkara itu masih diperingkat cadangan namun pihaknya akan berusaha untuk merealisasikannya bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ia susulan Pertandingan Kompang Kreatif di Karnival Islam Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM23′) mendapat sambutan menggalakkan dan memberi suntikan semangat kepada golongan peserta yang rata-ratanya adalah golongan muda.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#tmm2024
#kiam23
#kompang
#melakahariini
#mhi
#melakatv
#melakatv