Setiap Guru Adalah Guru Inspirasi – Menteri Pendidikan

15 Mei – “Kamu kena berusaha 10 kali ganda lebih daripada orang biasa!”
Kata-kata 23 tahun lalu itu menjadi semangat buat pelajar istimewa (buta dan rabun) yang mencalonkan Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar untuk Anugerah Guru Inspirasi.

Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar, 55, turut terharu apabila jasanya kepada pelajar istimewa (buta dan rabun) ketika berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah, 23 tahun lalu melayakkannya menerima anugerah tersebut.

Katanya, dia tidak menyangka walaupun sudah lebih dua dekad berlaku, azimat berharga yang dititipkan kepada pelajar berkenaan masih segar diingatan sehingga menjadi insan berjaya pada hari ini.

Pelajar tersebut kini seorang pensyarah Bahasa Korea di sebuah universiti tempatan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#AnugerahGuruInspirasi
#HariGuru
#TeachersDay
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

28 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy