Aidilfitri Hang Tuah Jaya Pamer Identiti Berbilang Bangsa

2 Mei – Rumah terbuka Aidilfitri di Hang Tuah Jaya mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat yang berbilang bangsa bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin tempatan.

Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim yang pertama kali mengadakan rumah terbuka di Hang Tuah Jaya, beliau teruja melihat kemeriahan dan silaturahim ditunjukkan penduduk setempat.

Majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Perniagaan Putra Sentosa itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi ayam, mi goreng, sate dan roti canai daripada peniaga sekitar kawasan Hang Tuah Jaya.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#HangTuahJaya
#Aidilfitri
#AdamAdli
#ParlimenHangTuahJaya
#RumahTerbuka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy