5 Mac – Melaka memperuntukkan sebanyak RM10.8 Juta bagi pembinaan semula dua buah sekolah daif di negeri ini iaitu Sekolah Kebangsaan Sebatu dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok.
Terdahulu, Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Melaka, Datuk Rais Yasin mengulas mengenai perkara tersebut ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin pada hari ketiga Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, hari ini.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#PendidikanMelaka
#SekolahDaif
#RaisYasin
#SidangDUN
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV