Van Jenazah, Ambulans Kemalangan

1 Disember – Van jenazah, ambulans, sebuah lori dan kereta terlibat dalam kemalangan di simpang tiga hala Plaza Tol Ayer Keroh petang tadi.

Difahamkan, jenazah dalam keadaan baik dan semua yang tetlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, van jenazah tersebut dalam perjalanan menghantar jenazah ke Batu Pahat, Johor.

Dimaklumkan, kemalangan berlaku akibat dari sebuah van ambulans swasta keluar melulu dari persimpangan Padang Keladi menghala ke arah Bandaraya Melaka.

Dan akibat dari itu, lori, kereta dan van jenazah dari arah Bandaraya Melaka menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh terpaksa brek kecemasan sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran.

Setakat jam 3.11 petang, jenazah terbabit telah dipindahkan ke sebuah van jenazah Hospital Melaka yang lain dan telah meneruskan perjalanan ke Batu Pahat.

-Fiqa Jamal

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Kemalangan
#AyerKeroh
#Ambulans
#Melaka
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

123 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy