Koridor Ekonomi Anjung Selatan Gabung Melaka, Johor Dan Negeri Sembilan

25 Julai – Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan antara tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kewujudan koridor ekonomi itu dapat mencuri perhatian pihak persekutuan dalam melengkapkan keperluan antara sesama negeri.

Menurut beliau cadangan tersebut antara perkara yang dibincangkan dalam Retreat Pembangunan Intelektual dan Kepimpinan Bagi Ketua Agensi dan Anak Syarikat Serta Bengkel Pemantapan Kutipan dan Cadangan Hasil Baharu Negeri Melaka Tahun 2024, baru-baru ini.

“Kita juga bercadang menganjurkan seminar berkaitan koridor ekonomi ini dengan menjemput Menteri Besar daripada kedua-dua negeri (Johor dan Negeri Sembilan) tersebut.

“Semua Menteri Besar ini akan berkampung di Melaka bagi memulakan langkah terhadap cadangan mewujudkan koridor tersebut,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariBertemuRakyat
#PerhimpunanBulanan
#Koridor
#Melaka
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy