14 Oktober – Melaka bakal memiliki kilang pemasangan motosikal elektrik (EV) pertama dalam Malaysia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Jelasnya, dengan pasaran yang meluas terhadap kenderaan jenis EV, kilang seumpama itu sudah semestinya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Melaka.
“Memandangkan ini adalah syarikat pertama yang merintis pemasangan motosikal elektrik di Malaysia, jadi kita berharap ia dapat diperbesarkan lagi memandangkan dijangka pasaran motosikal ini lebih besar.
“Di Melaka, kita sudah bersedia dengan tenaga kerja dari institusi-institusi TVET yang ada dan kita percaya lebih banyak peluang pekerjaan yang dibuka dalam sektor ini dapat dimanfaatkan oleh anak Melaka,” katanya.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#EV #ElectricVehicle #motosikalEV #motosikalelektrik #TVET #melaka #melakahariini #mhi #melakatv