Melaka Angkat Kejohanan ‘Dam Aji’, Tawar RM10 Ribu
21 Mei – Kejohanan Dam Aji Terbuka Negeri Melaka akan diperkenalkan pada Jun ini sebagai satu lagi tarikan terbaharu untuk menarik kedatangan pelancong dan pengunjung.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kejohanan itu bakal menawarkan hadiah RM10,000 kepada juara sekali gus menjadikan Melaka negeri pertama menganjurkan pertandingan seumpamanya dalam skala besar.
“Satu lagi produk pelancongan baharu akan dilancarkan Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri iaitu tentang pertandingan dam aji terbuka kejohanan Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#damaji
#dam
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV