SATE JADI BURUAN DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PENGKALAN BATU

15 April – Seiring dengan temanya iaitu Warna-Warni Aidilfitri, Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu nyata berlangsung dengan meriah di Kompleks Japerun Pengkalan Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, selain menyajikan lebih 15 juadah raya untuk tetamu, lokasi dibuat di kawasan terbuka memeriahkan lagi majlis itu pada tahun ini.

“Biarpun persiapan dibuat secara sederhana namun sambutan cukup meriah, Alhamdulillah.

“Khabarnya sate 5,000 cucuk pun tak mencukupi dan terpaksa buat tempahan lagi,” katanya.

🎥 Zaidi Yaacob

#adunpengkalanbatu #pengkalanbatu #aidilfitri #rumahterbuka #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy