Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, melancarkan fasa pertama Beras Melaka secara rasminya.

29 April – Pulau Konet yang terletak di perairan Telok Gong, Kuala Linggi telah diwartakan sebagai sebahagian kawasan Koridor Tenaga Negeri Melaka (MEC).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pembangunan yang dirancang di pulau milik Perbadanan Melaka (MCORP) itu memfokuskan kepada empat komponen iaitu pertama pembangunan industri maritim dan perkapalan.

“Kedua, pembangunan industri sokongan minyak dan gas; ketiga pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan terakhir kemudahan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan industri,” katanya.

#pulaukonet #kualalinggi #masjidtanah #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy