8 April – Melaka dipilih menjadi tuan rumah kepada beberapa acara besar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa pada tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Hari Kedua Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini.
Katanya dalam Usul Terima Kasih kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, kejayaan itu membuktikan bahawa Melaka diiktiraf sebagai negeri yang bersedia daripada segi prasarana, kerja berpasukan dan mempunyai semangat rakyat.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan luar biasa kepada Negeri Melaka,” katanya.
#sidangdunmelaka #DUNMelaka #sidangdun #tuanrumah #WTD #WTC #Melaka #melakatv kaHariIni #MHI #MelakaTV