31 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memuji kematangan wakil-wakil rakyat Negeri Melaka dalam perbahasan sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini.
Meskipun begitu, beliau berharap perbahasan pada persidangan akan datang dapat ditingkatkan oleh semua wakil rakyat terlibat, baik di pihak kerajaan mahupun blok pembangkang.
Jelas beliau, ia bagi menjadikan persidangan dewan di Melaka berada di satu tahap lebih tinggi yang mencerminkan kebijaksanaan serta perbahasan bercorak intelektual.
#PersidanganKetigaPenggalKetigaDUNMelaka #DUNMELAKA #MELAKA #Kerajaannegerimelaka #SidangDUN #serinegeri #melakahariini #melakatv #mhi