Macam biasa! lagu Senandung Anak Melaka nyanyian Yasser Fikri menghiburkan pengunjung yang hadir

31 Disember – Sejumlah RM3 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membina baharu dan baik pulih rumah secara percuma kepada rakyat Melaka yang memerlukan menerusi program Melaka Rumahku.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rais Yasin berkata, peruntukan menerusi Bajet 2025 Negeri Melaka itu menjadi antara bukti Kerajaan Negeri prihatin dan peduli kepada nasib rakyat terutama mereka yang ditimpa musibah.

Jelas beliau, daripada keseluruhan peruntukan tersebut, RM2 juta diperuntukkan bagi pembinaan rumah baharu bernilai RM70,000 dan RM1 juta lagi bagi baik pulih rumah dengan kos RM15,000 ke bawah, di mana ia akan diuruskan Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

#PersidanganKetigaPenggalKetigaDUNMelaka #DUNMELAKA #MELAKA #Kerajaannegerimelaka #SidangDUN #serinegeri #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy