31 Disember – Selesai sudah tiga hari Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang telah meluluskan Bajet 2025 Negeri Melaka bertemakan ‘Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang’.
Menerusi bajet itu, Melaka Hari Ini merumuskan pelbagai inisiatif yang menarik perhatian diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan dan denyut nadi rakyat negeri ini terus dibela.
Terdahulu, bajet itu lulus apabila disokong 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sesi undian selepas ucapan penggulungan Usul dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025.
#PersidanganKetigaPenggalKetigaDUNMelaka #DUNMELAKA #MELAKA #Kerajaannegerimelaka #SidangDUN #serinegeri #melakahariini #melakatv #mhi