30 Disember – Penganjuran majlis ilmu seumpama Melaka Berselawat menjadi satu wadah terbaik untuk memperingati pengorbanan Rasulullah SAW dalam membuka lembaran baharu penyebaran agama Islam sepertimana yang berlaku suatu ketika dahulu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Katanya, atas sambutan luar jangkaan lebih 50,000 pengunjung maka penganjuran Melaka Berselawat akan dijadikan sebagai acara tahunan, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam di Negeri Melaka
“Untuk itu, menjelang kehadiran tahun baharu 2025 ini, saya ingin mengajak semua rakyat Melaka sama-sama berazam mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW disamping memperkukuh ukhwah sesama masyarakat bukan sekadar dalam kehidupan duniawi bahkan juga ukhrawi,” katanya.
🎥 Hasbullah Azhar
#Selawat #MelakaBerselawat #BandaHilir #Islam #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV