30 Disember – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, meluluskan Bajet 2025 Negeri Melaka yang bertemakan ‘Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang’.
Bajet itu lulus apabila disokong 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sesi undian selepas ucapan penggulungan Usul dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas.
#Bajet #Bajet2025 #BajetMelaka #2025 #SidangDUN #DUNMelaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV