‘Duit Poket’ Buat 3 Atlet Melaka ke Olimpik

9 Julai – Tiga anak Melaka yang bakal beraksi di Olimpik Paris menerima wang saguhati daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Penyerahan wang saguhati itu berupa RM3,000 setiap seorang telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam berkata, tiga atlet kelahiran Melaka yang beraksi di pentas Olimpik kali ini adalah Aaron Chia (badminton/beregu lelaki); Toh Ee Wei (badminton/beregu campuran) dan Johnathan Wong (Menembak/10m air pistol).

Menurut Shanmugam, selain pemberian wang saguhati, Ketua Menteri turut menitipkan kata-kata semangat kepada atlet agar dapat mengharumkan nama negara dan Negeri Melaka di pentas dunia.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#OlimpikParis
#Olimpik
#Melaka
#anakmelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

31 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy