28 Oktober – Seramai 1,000 masyarakat India diraikan menerusi sumbangan daripada Kerajaan Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Deepavali di Padang Nyiru, Little India, Banda Hilir, malam tadi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan Pesta Deepavali tahun ini berlangsung dengan lebih meriah dan penuh pengisian berbanding tahun sebelumnya.
Terdahulu, majlis diceriakan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian selain rata-rata yang hadir memakai pakaian tradisional seperti sari, lehenga dan kurta.
🎥 Hasbullah Azhar
#Deepavali #PestaDeepavali #PestaCahaya #diwali #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV