ADUN Jalin Ukhwah Berbuka Bersama Asnaf

31 Mac – “Tahun ini sangat berbeza sebab isteri sudah tiada, meninggalkan saya dan anak-anak,” itu kata Muhammad Ridhwan Anthony Abdullah ketika Program Berbuka Puasa Bersama Asnaf DUN Asahan.

Ridhwan menerima kedatangan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka merangkap ADUN Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama.

Katanya, kedatangan itu cukup bermakna untuk mengimarahkan lagi Ramadan tahun ini bahkan dia terharu menerima sedikit sumbangan daripada ADUN berkenaan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Asahan
#BerbukaPuasa
#Iftar
#Asnaf
#ZiarahKasih
#Ramadan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

91 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy