Ibu Tunggal Lapan Anak Sebak Diberi ‘Nyawa’

10 Jun – Bagai tiada lagi tempat bergantung, begitulah situasi dialami seorang ibu tunggal memiliki enam orang anak, Siti Suryati Sani selepas pemergian suami tercinta, Khairul Azlizam Mohamed @ Mohamed Daud akibat sakit jantung pada akhir Mei lalu.

Sudahlah perlu membesarkan lapan orang anak seorang diri, Siti Suryati yang tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dibelenggu dengan pelbagai konflik kehidupan apabila bayaran rumah sewa mereka sebelum ini difahamkan sudah tertunggak selama 10 bulan.

Bagaimanapun, dia bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memudahkan urusan pencen penakat arwah suaminya membuatkan dia sekurang-kurangnya mampu meneruskan kelangsungan hidup bagi membesarkan lapan orang anak.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PencenPenakat
#Perkeso
#PertubuhanKeselamatanSosial
#Pencen
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

25 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy