13 Mac – Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu dalam kalangan kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan berupa wang tunai itu melibatkan peruntukan berjumlah RM12,000 berserta kit makanan.
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM388,700 sempena Ihya’ Ramadan untuk masjid dan surau di bawah Parlimen Tangga Batu.
Faris Haikal Zakaria
#TanggaBatu #Sumbangan #sumbanganramadan #ramadan2025 #maim #melakahariini #mhi #melakatv