KARNIVAL PERTANIAN DIPERLUAS, PLATFORM RAKYAT NIKMATI VARIASI PRODUK AGRO

12 Januari – Program seumpama Karnival Pertanian akan diperluaskan di Melaka agar lebih ramai masyarakat mampu mendapatkan pelbagai produk agro dengan harga rendah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain dapat mendekati rakyat, karnival itu juga berpotensi menjadi platform bagi mempromosikan produk pertanian tempatan.

“Hari ini semua yang hadir berpeluang membawa balik anak pokok kelapa secara percuma di mana Jabatan Pertanian membekalkan sebanyak 3 ribu anak pokok kelapa untuk diagihkan,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Pertanian Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2025, hari ini.

🎥 Faris Haikal Zakaria

#Karnival #Pertanian #KarnivalPertanian #agro #masjidtanah #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV #foryou #fyp

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy