KM Rasmi Ar-Rahnu Pertama Koperasi Cawangan Masjid Tanah

2 April – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan pembukaan outlet Arrahnu pertama koperasi di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah.

Pembukaan outlet Arrahnu itu merupakan yang kelima dimiliki dan diusahakan oleh Gerakan Koperasi di Melaka hasil bimbingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad.

Ia secara tidak langsung dijangka dapat meningkatkan perolehan koperasi dengan pulangan berbentuk dividen kepada kira-kira 4,500 anggota yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Melaka.

Mengikut rekod, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga Disember 2021, gerakan koperasi di negeri Melaka telah menerima dana dan bantuan berjumlah RM6.57 Juta daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

#ArRahnu
#ArRahnuMasjidTanah
#Koperasi
#TokLeman
#MasjidTanah
#MelakaHariIni
#MHI
#media

Views:

20 views

Shares

You might like

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy