MELAKA PERKASA 1 KELUARGA 1 ANGGOTA SRS

11 Januari – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus bagi setiap komuniti di Melaka dalam kempen Program 1 Keluarga 1 Anggota Skuad Rondaan Sukarela (SRS).

Pengarahnya, Intan Suhana Yusoff berkata SRS di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk.

Terdahulu, Intan Suhana mengiringi Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem dan Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Rosli Abdullah merasmikan Program Remaja Sihat, Ceria dan Harmoni serta Mini Karnival Perpaduan Rukun Tetangga (RT) Progresif Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025.

🎥 Faiz Hasan

#WRUR #WakilRakyat #WakilRakyatUntukRakyat #KualaLinggi #JPNIN #SRS #kawasanrukuntetangga #krt #ngweheesem #abraufyusoh #dun #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy