23 Disember – Perundangan bagi melupuskan bot lama nelayan yang disyaratkan buat nelayan yang memiliki bot baharu berjaya diatasi selepas mendapat kebenaran daripada jawatankuasa Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pekeliling lama yang dikeluarkan mensyaratkan bot lama perlu dipotong untuk dilupuskan seperti sebelum ini kini dirujuk semula.
Jelasnya bagi mengelakkan pembaziran, syarat yang dilonggarkan itu mampu mengatasi keresahan nelayan dan boleh dijual kepada nelayan lain dengan kos yang rendah.
🎥 Hasbullah Azhar
#drmuhamadakmalsaleh #akmalsaleh #perikanan #lkim #biotoksin #kerangmelaka #kupangmelaka #nelayan #melakahariini #melakatv #mhi