15 November – Kerajaan Negeri Melaka menubuhkan Koridor Utiliti Melaka (KUM) bagi memastikan pembangunan koridor infrastruktur utiliti lebih terancang dan bersistematik.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) Cadangan Penubuhan Koridor Utiliti Melaka oleh syarikat Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Katanya, KUM turut mengendalikan skop kerja baharu iaitu Rangkaian Fiber Optik Akses Terbuka, Tiang Gentian Optik Bersepadu dan Guna Sama dan Terowong Utiliti Bersepadu.
“Kerajaan Negeri Melaka berhasrat dengan penubuhan KUM dapat melancarkan proses kerja yang melibatkan pengesanan bawah tanah dan pemetaan.
“Melaka bersetuju empat konsesi yang telah menandatangani perjanjian akan terus terpelihara di mana kesemua konsesi ini akan diletakkan bawah KUM,” katanya.
🎥 Zaidi Yaacob
#KUM #KoridorUtilitiMelaka #MoA #koridor #utiliti #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV