MALAM KONVOKESYEN KE-20 UTEM & ANUGERAH BITARA KESIDANG 2024

8 November – Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kali ke-20 membuka tirainya dengan Majlis Makan Malam dan Anugerah Bitara Kesidang 2024 yang diadakan di sebuah hotel, di Banda Hilir, malam tadi.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Massila Kamalrudin.

Majlis malam itu difahamkan bertujuan mengiktiraf seluruh warga pelaksana termasuk golongan pendidik yang menyumbangkan khidmat terpuji kepada universiti berkenaan selama ini.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada Wany Hasrita dan Naim Daniel.

Mengikut rekod, Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka kali ke-20 akan berlangsung pada 9 hingga 11 November 2024 meraikan seramai 3,459 orang graduan menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat dan bidang pengajian.

🎥 Zaidi Yaacob

#UTeM #UniversitiTeknikalMalaysiaMelaka #Melaka #teknikal #Universiti #TVET #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy