2 November – Penganjuran Melaka International Halal Festival 2024 (MIHF’24) diyakini mampu memperkasakan negeri inisebagai sebuah pusat pelancongan halal yang mencakupi pelbagai pakej pelancongan mesra Muslim.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, usaha yang digerakkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan MAIM Holdings Berhad itu juga akan memperkukuh lagi ekosistem industri halal yang pastinya menguntungkan negeri serta rakyat.
Katanya, platform menerusi MIHF’24 itu bakal memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai hab halal antarabangsa.
🎥 Hasbullah Azhar
#MIHF #Halal #MAIM #pelancongan #TMM2024 #tahunmelawatmelaka2024 #VisitMelaka2024 #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV
Views:
no views