PUNCAK LAKSAMANA MERCU TANDA BAHARU PELANCONGAN MELAKA
Negeri Melaka kini mempunyai mercu tanda baharu iaitu Puncak Laksamana di Bukit Beruang. Terletak di kawasan puncak tertinggi Bukit Beruang, Puncak Laksamana mampu menjadi tarikan pelancong dari dalam serta luar Melaka, sekali gus beri tambah nilai buat industri pelancongan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh percaya Puncak Laksamana akan menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah dan kawasan Glamping turut akan ditempatkan.
Beliau turut menekankan Kerajaan Melaka akan mempertingkatkan setiap infrastruktur pelancongan negeri ini dalam usaha melakukan persiapan menghadapi World Tourism Day dan World Tourism Forum Conference pada September tahun hadapan yang mana Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran berprestij tersebut.