Perkhidmatan Bas Berhenti-henti BAS.MY Dilancarkan Secara Rasmi

29 Oktober – Perkhidmatan Bas Berhenti-henti, BAS.MY dilancarkan secara rasmi dan sedia dimanfaatkan pelancong dan rakyat Melaka keseluruhannya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyasarkan seramai lebih 100,000 rakyat dan pelancong ke Melaka akan memanfaatkan perkhidmatan bas tersebut dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Katanya, sebanyak 51 buah bas disediakan sebagai usaha memberi nilai tambah dalam sektor pengangkutan awam negeri memperluas jaringan hubungan di antara daerah-daerah dalam Negeri Melaka.

🎥 Zaidi Yaacob

#bas #basberhentihenti #basmy #basmelaka #melaka #pengakutanawam #melakahariini #mhi #melaka

Views:

15 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy