KORIDOR EKONOMI ANJUNG SELATAN BINA POTENSI EKONOMI

28 Oktober – Rancangan pembangunan Negeri Melaka antaranya inisiatif membina jajaran di sebelah selatan adalah seiring dengan perancangan kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau ditemui pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bersama Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel, di Banda Hilir.

“Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana dari segi rancangan pembangunan itu memang ada banyak keserasian dan pelarasan yang baik di antara perancangan Kerajaan Persekutuan.

“Ini sebahagian daripada katalitik projek untuk kita membangunkan potensi ekonomi di sebelah koridor pantai membolehkan Kerajaan Persekutuan, Melaka dan Negeri Sembilan membangunkan koridor pelancongan di sepanjang kawasan ini,” katanya.

#koridor #AnjungSelatan #ekonomi #koridorekonomi #melaka #negerisembilan #johor #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy