TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN DIANGKAT MENJADI PUSAT ECOPELANCONGAN

27 Oktober – Taman Ekstrem Tasik Chinchin akan diangkat menjadi sebuah pusat ekopelancongan dan sukan lasak di Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia sekali gus bakal merancakkan semula kawasan tersebut sebagai kawasan riadah untuk keluarga, khususnya mereka yang meminati aktiviti luar (outdoor).

Menurut Ketua Menteri, kawasan itu juga akan dibina sebuah Taman Karavan (Caravan Park) yang akan memberi nilai tambah dalam sektor pelancongan negeri.

🎥 Zaidi Yaacob

#Karavan #Taman #Ekstrem #Tasik #Chinchin #RIM #Jasin #CMI #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy