15 Oktober – Kira-kira 150 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di daerah Jasin akan menerima bantuan kecemasan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan kecemasan itu adalah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jasin untuk diagihkan secara terus kepada mangsa.
Mengikut rekod, daripada 150 keluarga seluruh Jasin yang terjejas akibat banjir ini, 35 daripadanya telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum.
🎥 Hasbullah Azhar
#Banjir #PPS #PusatPemindahanSementara #BanjirMelaka #KesBanjir #BanjirKilat #bantuan #Jasin #melakahariini #mhi #melakatv
Views:
no views