14 Oktober – Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 yang merupakan kesinambungan kepada pembangunan German Technology Park (GTP) oleh Kerajaan Negeri Negeri membuka tirainya hari ini.
Sebanyak 38 pempamer mewakili pemain industri tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jerman terlibat dalam program yang bermula hari ini sehingga 17 Oktober nanti.
Selain pameran, pengisian seperti business matching (padanan perniagaan), networking session (sesi rangkaian), sesi ceramah berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta banyak lagi menanti pengunjung yang hadir.
Rata-rata pempamer ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) teruja kerana menyifatkan program itu adalah platform terbaik berkongsi dan saling bertukar teknologi dan kepakaran masing-masing.
🎥 Hasbullah Azhar
#TVET #Deutscher #DeutscherBrandSummit2024 #GermanWeek #GermanTechnologyPark #melakahariini #mhi #melakatv