Jelajah Saya Digital @ Melaka Beri Manfaat Kepada Orang Melaka

12 Oktober – Jelajah Saya Digital @ Melaka yang diadakan di The Shore Shopping Gallery padat dengan pelbagai pengisian berkaitan ilmu digital yang boleh dimanfaatkan orang-orang Melaka.

Antara yang menarik adalah perkongsian tip penciptaan kandungan digital, selain panduan praktikal mengenai teknik gerak laju pemasaran digital dan penggunaan aplikasi TikTok untuk memperluas capaian serta meningkatkan hasil jualan.

Terdahulu, Jelajah Saya Digital @ Melaka telah dirasmikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Jom orang Melaka kita manfaatkan medan perkongsian ilmu ini yang akan berakhir esok.

🎥 Mohamad Fazrul Abdul Majid

#JelajahSayaDigital
#MDEC
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy